FAQ

Soal jawab mengenai kursus pra perkahwinan dan kekeluargaan Islam


  Soalan 1:  Adakah sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam mempunyai tarikh luput?

  Jawapan:  
Tidak, tempoh sah laku sijil kursus adalah “seumur hidup” iaitu seseorang itu perlu mengikuti kursus pra-perkahwinan sekali sahaja sepanjang hayat.


  Soalan 2:  Siapakah yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?

  Jawapan:
  • Duda/ janda/ balu.
  • OKU.
  • Warga asing yang tidak memahami Bahasa Malaysia.
  • Berusia 40 tahun ke atas.
  • Permohonan poligami.
  • Keadaan tertentu yang difikirkan wajar (atas kebenaran Pendaftar).

  Soalan 3:  Apakah yang harus dilakukan apabila sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran JAIS/Agensi luar hilang dalam simpanan pemohon?

  Jawapan:
  • Kursus anjuran JAIS/ PAID : Pemohon perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID untuk mendapatkan surat pengesahan menghadiri kursus Pra-Perkahwinan bagi menggantikan sijil yang hilang.
  • Kursus anjuran Agensi Luar : Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat perakuan daripada penganjur dan mengemukakan surat tersebut ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID bagi mendapatkan surat pengesahan menghadiri KPPI.

  Soalan 4:  Adakah wajib bagi warganegara Malaysia yang bekerja atau tinggal di luar Negara dan ingin berkahwin di Negeri Selangor menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam?

  Jawapan:  
Ya, wajib.


  Soalan 5:  Kursus Pra Perkahwinan Islam dikecualikan bagi individu berstatus muallaf?

  Jawapan:  
Tidak dikecualikan, perlu menghadiri KPPI (Kursus Pra Perkahwinan Islam).


  Soalan 6:  Bolehkah pemohon menghadiri sebahagian hari Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang dijalankan untuk mendapatkan sijil?

  Jawapan:  
Tidak boleh. Pemohon hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan.


  Soalan 7:  Boleh atau tidak seseorang itu bernikah dahulu sebelum menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?

  Jawapan:  
Tidak boleh. Menghadiri KPPI merupakan salah satu syarat permohonan perkahwinan.


  Soalan 8:  Adakah warganegara asing yang tidak bermastautin di Malaysia tetapi datang ke Malaysia hanya semata-mata ingin berkahwin perlu menghadiri KPPI (Kursus- Pra Perkahwinan Islam)?

  Jawapan:
  • Jika pemohon telah mendapat kebenaran berkahwin dari kedutaan/Negara asal, maka tidak perlu menghadiri KPPI.
  • Jika pemohon tidak mendapat kebenaran berkahwin dari Negara asal/kedutaan maka pemohon perlu menghadiri KPPI sekiranya pemohon memahami Bahasa Melayu.

  Soalan 9:  Adakah syarikat swasta diberi kebenaran oleh JAIS untuk menganjurkan KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?

  Jawapan:  
Tidak, KPPI hanya dianjurkan oleh JAIS dan PAID sahaja.


  Soalan 10:  Berapakah bayaran dan bagaimanakah cara pembayaran KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?

  Jawapan:  
Bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang secara tunai ataupun online untuk 2 hari kursus merangkumi buku dan makan minum.


  Soalan 11:  Bagaimanakah saya hendak mengikuti KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?

  Jawapan:  
Pemohon perlu hadir ke BUUK/ PAID dan mengisi borang permohonan KPPI, seterusnya menghadiri KPPI pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan melalui telefon hanya boleh dibuat di BUUK sahaja.