Slider
Slider
Slider
Slider

"Kursus Pra Perkahwinan Dan Kekeluargaan Islam
anjuran pejabat agama islam daerah hulu langat"

Note "Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke anak cucu."Note end

Ungkapan lirik yang amat sinonim dengan pasanan mempelai atau 'Raja sehari'. Seronok je dengar lagu-lagu seperti ini dan melihat suasana majlis perkahwinan. Semua orang nak bahagia kalau boleh sampai hujung nyawa.

Tahukah anda, salah satu rahsia Allah S.W.T menjadikan setiap mahkluk di alam ini adalah untuk berpasangan-pasangan seperti malam dan siang, jantan dan betina, lelaki dan perempuan. Sebenarnya manusia dijadikan dengan fitrahnya yang mempunyai keinginan untuk bercinta...,berkasih sayang dan berkahwin untuk merasai kebahagian.

Atas kesedaran dan keperluan fitrah manusia serta tuntutan ajaran agama Islam dalam usaha membina keluarga bahagia berlandaskan syariat Islam ...Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID) di bawah Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS, mengambil inisiatif untuk mengelolakan kursus yang komprehensif padat dengan tips dan rahsia membina keluarga bahagia, "KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT (PAID)."


8 Manfaat Yang Akan Anda Dapat Daripada Kursus Ini

  • Rahsia Komunikasi Meningkatkan Perasaan Kasih Sayang Dengan Pasangan Anda.
  • Tip pengurusan kewangan untuk menjadi kaya didunia dan akhirat.
  • Mengetahui Kaedah Membina Hubungan Cinta Dan Hidup Berpasangan Yang Terbaik.
  • Ketahui cara dan proses pengurusan perkahwinan sebenar Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor terkini.
  • Perkongsian ilmu tentang pengurusan kesihatan dalam keluarga.
  • Bagaimana mengurus stress dan konflik berumahtangga.
  • Membina ciri-ciri akhlak dan bentuk hubungan kekeluargaan menurut Islam.
  • Bimbingan secara langsung dalam bentuk coaching kepada peserta kursus tentang aqidah, ibadah, keberkatan dan syukur.

Siapa Yang Layak Menyertai Kursus Ini

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan tip keluarga bahagia.
  • Lelaki dan perempuan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan.
  • Belia atau beliawanis.
  • Pelajar lepasan IPT atau sekolah.
  • Anda semua yang ingin menimba ilmu kekeluargaan dalam Islam.

Sijil Penyertaan

  • Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  • Sijil Kursus Kahwin ini boleh digunakan untuk memohon kelulusan pernikahan anda di mana-mana negeri di seluruh Malaysia dan ianya juga SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana tempat di seluruh Malaysia.
  • Sijil Kursus Kahwin ini TIADA TARIKH LUPUT, jadi anda tidak perlu bimbang tentang tarikh luput Sijil Kursus Kahwin serta anda boleh mengikuti Kursus Kahwin ini walaupun anda masih belum menetapkan tarikh majlis perkahwinan anda.
  • Tenaga pengajar yang BERTAULIAH dari JAIS atau JAKIM. Kami akan membantu anda dalam memberikan panduan, tunjukajar dan penerangan bagaimana anda boleh melengkapkan Borang Permohonan Kelulusan pernikahan anda dan pasangan anda.
Sijil Penyertaan

Makanan Untuk Peserta Disediakan

Sarapan dan makan tengah hari disediakan sepanjang dua hari kursus.

 

Kemudahan Asas

  • Ruang dewan kursus yang luas dan selesa.
  • Ruang solat juga disediakan.
  • Senang mendapat kemudahan pengangkutan awam ke lokasi kursus.
  • Ruang pakir tempat letak kereta yang luas.

 

Khidmat Sokongan

Group khas melalui medium Facebook untuk membincangkan isu-isu dan sebagainya. KLIK DI SINI

 

Konsep Perkongsian Ilmu Dalam Kursus Ini

Pendekatan kursus ini adalah lebih kepada soal jawab untuk memastikan peserta akan mendapat manfaat yang maksimum.

Doa

Jadual Kursus

Kursus akan dikendalikan oleh Fasilitator kami pada SETIAP HUJUNG MINGGU, SETIAP BULAN (Sabtu dan Ahad), SEPANJANG TAHUN - walaupun ianya jatuh pada hari cuti umum!

Lokasi Kursus


Bandar Baru Bangi

Kompleks Islam Daerah Hulu Langat,
Lot 29995, Persiaran Kemajuan Seksyen 16,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan



Yuran Kursus



RM80 Sahaja


Jumlah yuran ini meliputi segala kemudahan dan bahan asas yang disediakan untuk keselesaan anda dan memastikan kelancaran program ini. Pihak kami bukan mengutamakan keuntungan tetapi ia adalah merupakan kewajiban yang telah diamanahkan kepada kami sebagai Fardu Kifayah.




Daftar Sekarang!


Isi Nama Dan Email Anda Yang Sah Di Bawah Ini Dan Klik "Daftar" !


 

PELAWAT:   Hit counter

Mohon LIKE sebagai tanda sokongan anda pada laman web ini.