Haizat Din
2017-06-30 00:34:54

Laman web kursus pra perkahwinan dan kekeluargaan islam ini memberi kemudahan pengurusan pendaftaran pelanggan yang lebih efisyen.

Guest
2017-08-04 22:25:34

tumpang tanya, lepas saya daftar dalam website ni, adakah nama saya terus didaftarkan untuk tarikh kursus yang terdekat? macam mana nak tau pendaftaran saya diterima atau tidak?

Haizat Din
2017-08-10 08:58:08

Salam, Selepas pendaftaran, anda akan mendapat email pengesahan pendaftaran menyertai kursus begitu juga dengan urusetia akan makluman pendaftaran tuan / puan. Di dalam email itu akan di nyatakan perincian tentang pendaftaran yang telah tuan / puan termasuk tarikh kursus yang anda pilih.

Haizat Din
2017-08-10 09:00:24

Untuk pengesaha lebih lanjut sila hubungi urusetia dengan klik pada Tab HUBUNGI pada menu bar di atas

ridhauddin
2017-08-28 04:53:08

tak tahu nak isi borang pengesahan pembayaran. masalah sistem attachment. boleh bagi pendapat tak??

admin
2017-08-29 10:07:10

Untuk pengesaha lebih lanjut sila hubungi urusetia dengan klik pada Tab HUBUNGI pada menu bar di atas

syamir
2017-09-04 03:57:48

maaf. sy ingin membuat pembayaran online tetapi tak boleh sbb no acc yg diberikan tak ckup 14 digit. jd macam mana sy ingin membuat pembayaran?

Admin
2017-09-06 22:08:06

Assalamualaikum w.b.t. Saya admin website kursuskahwinpaid.com bagi pihak PAID Hulu Langat sudah membetulkan no. akaun bank tersebut. Sila rujuk laman web semula. Admin..

Azwan
2017-09-14 09:56:04

Assalam. Admin, brapa yuran utk kursus khwin ye?

admin
2017-09-21 05:03:11

Waalaikum salam, Yuran kursus sebanyak RM80 seorang. Sila rujuk http://kursuskahwinpaid.com/ Terimakasih

Shazwan
2017-09-23 04:43:37

Salam tuan, sijil kursus akan dapat pada waktu bile yer?

Solo
2017-10-01 09:03:44

Salam Tuan, untuk upload file bukti pembayaran pakai format apa ya?

Ayu Yusuf
2017-10-04 01:50:08

Salam, saya nak tanya kursus bertarikh 07/10/2017 masih ada kekosongan lagi? TQ

Admin
2017-10-04 21:34:23

Waalaikum salam.. sila hubungi urusetia dengan klik pada tab HUBUNGI pada menu diatas.

hamba Allah
2017-10-08 23:05:09

sangat efisien... laman web yg sangat mudah untuk tempah kursus perkahwinan... step2 yg mudah mngikut peredaran zaman yg lbih mggunakan sistem digital

hamba Allah
2017-10-08 23:08:06

sangat efisien dan sangat mudah untuk tempah kursus prkhwinan nie... sejajar dgn peredaran zman yg lbh mggunakan sistem digital

Lisa
2017-11-07 02:32:38

Assalamualaikum admin, saya telah cuba berkali-kali membuat pendaftaran melalui web, tapi tetap tak dapat atas alasan fail tak support dari segi image resit yg sy sertakan, nak buat macam mana ye admin?

Admin
2017-11-10 22:08:50

Untuk sebarang pertanyaan ttg kursus, sila hubungi urusetia dengan klik pada Tab HUBUNGI pada menu bar di atas. Ruangan ini hanyalah untuk pihak admin menerima feedback dari pelanggan tentang aplikasi ini untuk penambahbaikan dari masa ke semasa. Terima Kasih

zulhilmi
2018-01-04 03:37:36

salam admin mohon upload borang pendaftaran utk tahun 2018. terima kasih

syamin
2018-01-08 21:36:19

salam admin, kenapa saya isi pengesahan pembayaran slip pembayaran sistem tak boleh terima ye, dia suruh saya tukar format, tapi saya dah guna format PDF, JPNG dgn PNG, ada format lain ke yg sistem boleh terima? Terima Kasih

zumie
2018-01-09 20:09:55

assalam admin, masalah yang sama terjadi kepada saya juga iaitu pengesahan pembayaran slip mengatakan sistem tidak disokong sedangkan saya dah cuba menggunakan format PDF/JPNG/Docx .Adakah dengan membuat pendaftaran melalui whatsapp pada nombor 018 2042006 telah memadai? mohon untuk pihak admin memberikan respond sekiranya ada format lain untuk upload atau cara lain untuk membuat pendaftaran. terima kasih.

Admin
2018-01-19 06:10:24

Waalaikumsalam.. mohon ajukan segala permasalahan yang anda hadapi kepada urusetia dengan klik pada menu diatas (HUBUNGI). Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang telah tuan-tuan dan puan-puan alami..

Admin
2018-01-20 10:50:48

Assalamualaikum.. Pihak admin telah mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan beberapa masalah teknikal semasa tuan-tuan dan puan-puan mendaftar kursus pra perkahwinan secara online seperti fila attachment tak boleh upload, kemaskini jadual dan sebagainya. Segala kelemahan-kelemahan ini telah pun dapat diatasi dan laman web kursus kahwin PAID ini beroperasi dengan lancar.. Sekiranya terdapat lagi masalah-masalah teknikal semasa tuan-tuan dan puan-puan mendaftar kursus, sila hubungi URUSETIA dengan KLIK pada menu HUBUNGI pada menu diatas..

mira
2018-01-30 01:55:57

Assalamualaikum, untuk borang pengesahan bayaran nk upload resit bayaran tak boleh kenapa ye? Saya sudah membuat bayaran melalui online dan ade sms/whatsapp juga bukti resit pembayaran kpd nombor telefon yg diberi dan masih menunggu tindak balas. Terima kasih.

mira
2018-01-30 02:09:32

assalamualaikum admin, masalah yang sama terjadi kepada saya juga iaitu pengesahan pembayaran slip mengatakan sistem tidak disokong sedangkan saya dah cuba menggunakan format PDF/JPNG/Docx. Saya sudah membuat pembayaran melalui bayaran online dan juga sudah whatsapp bukti slip resit pembayaran kpd nombor telefon yang diberi dan masih belum ada tindak balas, mohon admin respon untuk kami tahu status bayaran kami. terima kasih.

ika
2018-04-23 03:39:44

salam.saya nak tnya.kaloo buat pembayaran kursus kahwin trus di bangi boleh kan.? hari sabtu office ad bukak tak:

Admin Lamanweb
2018-05-03 04:13:23

Waalaikumsalam. Sila hubungi urusetia Kursus. Maklumat boleh didapati di http://kursuskahwinpaid.com/hubungi.html Terimakasih

Man
2018-09-11 23:13:39

Salam. Pada tab hubungi ada dilampirkan nombor telefon pegawai PAID Hulu Langat yang mana bole di whatsapp jika ingin bertanya soalan. Jadi, saya cuba whatsapp dua daripada empat pegawai tersebut tapi sangat menyedihkan kedua duanya tidak memberi respon. Hanya read pertanyaan saya. Saya juga ada menggunakan ruangan pertanyaan pada tab hubungi tersebut namun sehingga hari ini selepas seminggu masih tiada respon. Semoga staff suatu institusi yg membawa nama Islam ini lebih berdedikasi dan bertanggungjawab pada masa akan datang.

Radzi
2018-10-21 22:04:24

Assalamualaikum. Dari jadual yang ditetapkan, kursus ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari bercuti saya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Ada sebarang program yang membenarkan saya datang secara berperingkat; contohnya dua kali Sabtu atau adakah topik untuk bahagian kedua hanya disediakan pada hari Ahad? Sekian.

Siti asmidah
2018-11-08 04:44:54

Assalamualaikum,admin sya nk tnya skg membuat ada buat ujian ke kalo x lulus ujian x dpt sijil iyee ke dtg kursus just dgr penceramah jee

Siti asmidah
2018-11-08 04:48:05

Assalamualaikum,admin sya nk tnya sekarang memang ada ujian ke dtg kursus cuma dgr penceramah jee?

Faiz Darwis Rosman
2018-11-13 23:30:59

Assalamualaikum admin, boleh saya tahu apakah keterangan yang perlu diisi di dalam ruangan "Bukti Transaksi Pembayaran"? adakah "Bukti Transaksi Pembayaran" dan "slip bukti pembayaran" itu berbeza? Terima kasih.

Guest
2018-11-29 10:02:39

Assalamualaikum. Sy dah buat pembayaran untuk kursus minggu ini. Tp whatsapp tak respond , email pon tak dihantar.

Guest
2018-11-29 10:08:36

Assalamualaikum. Sy sudah membuat pembayaran untuk kursus minggu ini, tapi whatsapp tak respond email pon tak dihantar.

Nurul
2018-12-10 01:33:48

Assalamualaikum, boleh saya tahu pendaftaran untuk kursus tahun 2019 buka pada tarikh bila? terima kasih

Write a comment ...
Post comment
Cancel