FAQ

Soal jawab mengenai kursus pra perkahwinan dan kekeluargaan Islam

PERKAHWINAN


Soalan 1

Adakah sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam mempunyai tarikh luput?

Jawapan:

Tidak, tempoh sah laku sijil kursus adalah “seumur hidup” iaitu seseorang itu perlu mengikuti kursus praperkahwinan sekali sahaja sepanjang hayat.

 

Soalan 2

Siapakah yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?

Jawapan:

  • Duda/ janda/ balu.
  • OKU.
  • Warga asing yang tidak memahami Bahasa Malaysia.
  • Berusia 40 tahun ke atas.
  • Permohonan poligami.
  • Keadaan tertentu yang difikirkan wajar (atas kebenaran Pendaftar).

 

Soalan 3

Apakah yang harus dilakukan apabila sijil Kursus Pra-Perkahwinan Islam anjuran JAIS/Agensi luar hilang dalam simpanan pemohon?

Jawapan:

  • Kursus anjuran JAIS/ PAID : Pemohon perlu hadir ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID untuk mendapatkan surat pengesahan menghadiri kursus Pra-Perkahwinan bagi menggantikan sijil yang hilang.
  • Kursus anjuran Agensi Luar : Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat perakuan daripada penganjur dan mengemukakan surat tersebut ke Bahagian Undang-Undang Keluarga/ PAID bagi mendapatkan surat pengesahan menghadiri KPPI.

 

Soalan 4

Adakah wajib bagi warganegara Malaysia yang bekerja atau tinggal di luar Negara dan ingin berkahwin di Negeri Selangor menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam?

Jawapan:

Ya, wajib.

 

Soalan 5

Kursus Pra Perkahwinan Islam dikecualikan bagi individu berstatus muallaf?

Jawapan:

Tidak dikecualikan, perlu menghadiri KPPI (Kursus Pra Perkahwinan Islam).

 

Soalan 6

Bolehkah pemohon menghadiri sebahagian hari Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang dijalankan untuk mendapatkan sijil?

Jawapan:

Tidak boleh. Pemohon hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan.

 

Soalan 7

Boleh atau tidak seseorang itu bernikah dahulu sebelum menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan Islam?

Jawapan:

Tidak boleh. Menghadiri KPPI merupakan salah satu syarat permohonan perkahwinan.

 

Soalan 8

Adakah warganegara asing yang tidak bermastautin di Malaysia tetapi datang ke Malaysia hanya semata-mata ingin berkahwin perlu menghadiri KPPI (Kursus- Pra Perkahwinan Islam)?

Jawapan:

  • Jika pemohon telah mendapat kebenaran berkahwin dari kedutaan/Negara asal, maka tidak perlu menghadiri KPPI.
  • Jika pemohon tidak mendapat kebenaran berkahwin dari Negara asal/kedutaan maka pemohon perlu menghadiri KPPI sekiranya pemohon memahami Bahasa Melayu.

 

Soalan 9

Adakah syarikat swasta diberi kebenaran oleh JAIS untuk menganjurkan KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?

Jawapan:

Tidak, KPPI hanya dianjurkan oleh JAIS dan PAID sahaja.

 

Soalan 10

Berapakah bayaran dan bagaimanakah cara pembayaran KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?

Jawapan:

Bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang secara tunai ataupun online untuk 2 hari kursus merangkumi buku dan makan minum.

 

Soalan 11

Bagaimanakah saya hendak mengikuti KPPI (Kursus Pra-Perkahwinan Islam)?

Jawapan:

Pemohon perlu hadir ke BUUK/ PAID dan mengisi borang permohonan KPPI, seterusnya menghadiri KPPI pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan melalui telefon hanya boleh dibuat di BUUK sahaja.